

Adiela's Studio
“I am seeking. I am striving. I am in it with all my heart.” Vincent van Gogh

Tentang Saya
.jpeg)

.jpeg)
Hello!
Nama saya Nor Adiela Binti Mohd Azhar dan merupakan pelajar bagi kelas Pendidikan Seni Visual PPISMP Jun 2022 di IPG Kampus Darulaman.
​
Saya amat meminati seni sejak kecil lagi. Minat yang mendalam terhadap bidang ini akhirnya membuka peluang untuk saya memilih subjek seni sebagai subjek utama untuk meneruskan pengajian di IPG. Subjek-subjek seni yang dipelajari sepanjang saya berada di sini amat mencabar namun tetap menyeronokkan! Banyak pengalaman dan ilmu baharu yang diperoleh bersama rakan-rakan seperjuangan sehingga saya dapat berkongsi serba-sedikit mengenai ilmu tersebut di laman ini.
​
Saya merupakan penggemar bagi animasi Jepun Detective Conan serta beberapa animasi popular lain yang menjadikan saya bersemangat dan terinspirasi untuk berkarya. Saya banyak menerapkan elemen lukisan berbentuk anime dalam lukisan harian saya. Saya yakin setiap daripada kita mempunyai minat atau kegemaran yang mampu menaikkan semangat dan menjadi 'mood booster' dalam kehidupan sehari-hari.
​
Akhir kata, saya berharap agar sedikit ilmu yang disampaikan di laman ini mampu membantu meningkatkan pengetahuan anda dalam bidang seni. Terima kasih kerana berkunjung!
Get in touch with me here!