top of page

Kraf Tangan Kanak-kanak

Pembuatan kad ucapan + ilustrasi dekoratif

Seni dan kraf untuk kanak-kanak awal umur, prasekolah dan sekolah rendah merangkumi aktiviti menggambar, aktiviti membuat corak dan rekaan serta aktiviti bentuk binaan. Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasi kemahiran seni, mengekspresi diri, mengapresiasi seni untuk memperolehi pengalaman estetik dan menyampaikan idea melalui imaginasi dan kreativiti.

​

Antara contoh kraf tangan kanak-kanak yang popular termasuklah penghasilan corak kreatif melalui catan, lukisan dan capan, diorama, topeng muka, anyaman, boneka dan kad jemputan atau ucapan.

​

Di sini, saya akan menerangkan kaitan diantara pembuatan kad jemputan/ucapan dengan ilustrasi dekoratif yang sering dihasilkan oleh kanak-kanak tanpa kita sedari.

Grace's Garden Watercolor Background_edited.jpg

Penghasilan kad ucapan untuk meraikan hari lahir, perayaan dan penghargaan amat sinonim dengan kanak-kanak untuk melatih mereka menzahirkan tanda terima kasih kepada individu tersayang. Dalam masa yang sama, pembuatan kad memerlukan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak serta melatih mereka menjadi lebih kreatif dan berimaginasi tinggi. Kad yang menarik mempunyai elemen dekorasi yang pelbagai untuk menyerlahkan lagi tema kad tersebut. Sebagai contoh, penghasilan kad untuk sambutan hari lahir mempunyai ilustrasi dekoratif berbentuk kek, topi hari jadi dan belon pada sekeliling kad. Pada peringkat kanak-kanak, ilustrasi dekoratif sebegini dapat dihasilkan secara mudah dan ringkas mengikut kemahiran dan daya kreativiti kanak-kanak tersebut.   

Kanak-kanak boleh mempelajari cara pembuatan ilustrasi dekoratif yang menarik dan mudah untuk kad hari jadi di bawah ini.

Kanak-kanak seawal usia 5 tahun boleh melakukan aktiviti mendekorasi kad dengan menghasilkan ilustrasi ringkas dan mudah seperti yang dihasilkan dalam video diatas. Aktiviti yang dihasilkan dengan bimbingan ibu bapa boleh mencipta memori indah kanak-kanak bersama ahli keluarga dan mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terjalin.

Saya dan rakan-rakan turut menghasilkan kad bersempena dengan sambutan Hari Guru. Saya menghasilkan ilustrasi dekoratif bertemakan tumbuh-tumbuhan pada sekeliling kad untuk menjadikan kad saya kelihatan menarik dan ceria. Cantik bukan? Anda boleh menghasilkan kad anda sendiri bersama ilustrasi dekoratif yang anda minati. Selamat mencuba!

Kad Hari Guru yang dihasilkan oleh saya dan rakan-rakan

© 2023 by Adiela Azhar Powered and secured by Wix

bottom of page